Wednesday, March 14, 2007

Virgin Coconut Oil In Parliment House!

I came across this interesting article in STAROnline...hem! even our representatives at the Parliment House are talking about the goodness of Virgin Coconut Oil.


Promosi minyak kelapa dara di Dewan Rakyat
04-07-2006 06:44:07 PM

KUALA LUMPUR: Minyak Kelapa Dara mendapat tempat pada persidangan Dewan Rakyat hari ini apabila Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Rohani Abdul Karim mengambil kesempatan mempromosikan produk itu yang dikatakan mempunyai banyak khasiat terutama untuk kulit.

Beliau berkata minyak yang kini hangat diperkatakan itu mempunyai pelbagai kegunaan dalam bidang farmaseutikal untuk rawatan penyakit kulit, industri, kesihatan dan sebagai bahan asas penjagaan diri.

"... Saya ada bawa krimnya dan kalau yang berhormat berminat boleh jumpa saya di luar dewan... guna dulu sendiri yang berhormat, lepas tu kita boleh berkongsilah dari segi khasiat-khasiat krim yang diolah dari kelapa ini," katanya menjawab soalan Datuk Tengku Putera Tengku Awang (BN-Hulu Terengganu) di Parlimen.

Beliau berkata Minyak Kelapa Dara yang ada di negara ini jernih jika dibandingkan dengan minyak yang dikeluarkan di Filipina dan Indonesia yang mempunyai warna kekuningan.

"Saya baru dapat maklumat, yang kita telah dapat keluarkan melalui teknologi yang terkini, ia putih macam air, jernih. Jadi kita sekarang ada 'niche' yang boleh digunakan untuk mengolah pelbagai lagi produk yang berkualiti tinggi.

"Sebab itulah ia juga boleh digunakan dalam pemakanan," katanya.

Terdahulu, Rohani berkata Mardi telah menjalankan kajian mendalam penghasilan produk Minyak Kelapa Dara dengan menggunakan kaedah bioteknologi.

Jabatan Pertanian juga telah memulakan projek perintis untuk menghasilkan Minyak Kelapa Dara di empat kawasan iaitu Rengit (Johor), Sungai Air Tawar (Selangor), Bagan Datoh (Perak) dan Pekan (Pahang), katanya.

Beliau berkata setiap kawasan melibatkan 20 hingga 30 orang peserta dengan setiap peserta dibekalkan peralatan untuk pemprosesan.

"Bagi setiap kawasan, satu pusat pengumpulan untuk tujuan pemprosesan lanjutan akan turut diwujudkan," katanya. BERNAMA

No comments: